Monday, May 26, 2008
hikayat tasik chini & pulau tioman
ditulis oleh
adah87
at 2:05:00 PM
Kawan2 tau x yang sebenarnya tasik Chini ada kaitan dgn Pulau Tioman menurut cerita orang dulu2?Kisah ini diceritakan oleh ayah kite..bace ye..
suatu ketika dahulu, terdapat seorang pahlawan yang gagah di negeri Pahang ini, dulu digelar Inderapura.kegagahannya terkenal sehingga ke seluruh pelusuk negara. Tiada pahlawan lain yang mampu mencabar kegagahan pahlawan tersebut.
Satu kehebatan pahlawan ini ialah boleh bertukar menjadi naga tetapi ada syaratnya...kalau pahlawan ni nak menjadi naga, dia mesti bertukar sebelum fajar terbit.Kalau phlawan tu sedang menjadi naga ketika fajar muncul, di akan menjadi naga selama-lamanya..
Suatu ketika, Kegagahan pahlawan itu akhirnya sampai ke pengetahuan seorang pahlawan yang gagah berani di suatu negeri bergelar Sumatera. Lalu pahlawan sumatera tersebut menjemput pahlawan Inderapura itu ke Sumatera untuk beradu tenaga untuk melihat siapa lebih hebat antara mereka berdua.Maka pahlawan yang dijemput bersetuju lalu persediaan ke Sumatera dibuat.
Seluruh penduduk kampung memberi sokongan padu kepada pahlawan mereka. mereka bercadang mahu mengikut pahlawan itu ke Sumatera supaya dapat melihat pahlawan kesayangan mereka bertarung.
Tiba pada hari yang dijanjikan, pada malam hari seluruh penduduk kampung berkumpul. Lalu pahlawan bertukar menjadi naga dan seluruh isi kampung naik ke atas belakangnya.Seluruh penduduk kampung tidak melepaskan peluang ntuk mengikut pahlawan mereka termasuk haiwan ternakan, ayam, kambing, lembu dan sebagainya.Bahkan seluruh rumah dan tanah2 kampung juga dibawa bersama.
Pada malam itu setelah semua selesai, naga tersebut bergerak untuk ke Sumatera.Ayah pernah menunjukkan kami jalan yang dipercayai dilalui oleh naga tersebut iaitu di anak sungai yang menghubungkan ke laut di Pekan.Setelah melalui jalan yang panjang, naga masih belum sampai ke Sumatera tetapi malam makin larut.Ketika tiba di tengah laut kira2 xberapa jauh dari daratan, hari pun hampir siang.Ayam yang dibawa di atas belakang naga pun mula berkokok.
Malang sekali nasib sang naga,matahari terbit dan naga tersebut tenggelam di tengah2 laut dan membentuk pulau.Maka pahlawan tersebutla yang menjadi pulau dan pulau tersebut ialah Pulau Tioman manakala kampung yang dibawa atas belakang pahlawan tersebut ialah di mana kawasan Tasik Chini sekarang.Seluruh penduduk kampung telah menetap atas belakang naga @Pulau Tioman
Begitula kisahnya bagaimana Tasik Chini dan Pulau Tioman terbentuk.Apa yang membuatkan kisah menjadi menarik, ada laporan dan kajian yang menyatakan bahawa bentuk muka bumi Pulau Tioman serupa dengan isi perut tanah yang menjadi Tasik Chini yang hilang..
Begitulah kisahnya...dan itu cerita dari orang dahulu kala.mungkin betul mungkin sebaliknya.nama pun hikayat kan. Wallahualam
Sebarang komen dialu-alukan.Terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 kata-kata kawan-kawan:
lain macam jer citer ni.. pulau tioman arah ke sabah n sarawak.. bkn arah ke sumatera..
haha xpe nemesis...nama pun cerita dongeng dulu2...
same aje dgn cerita ikan duyung..ade ke tidak..ade ke tidak..
Post a Comment